Wednesday, October 20, 2010

Aku lah budak sekolah agama itu....


Bismillahirrahmanirrahim.. usai membaca novel "Negeri 5 menara" hasil a.Fuadi membuatkan aku mengimbau kenangan dizaman persekolahan kira-kira 7 tahun yang lalu. pada masa itu, sekolah agama terutamanya sekolah agama rakyat (SAR) adalah sekolah kelas kedua. SAR adalah pilihan ibu bapa untuk anak-anak yang tidak 'makan saman', 'belajar x berapa pandai' dan lain-lain lagi.

Aku sebenarnya separuh rela menjadi budak sekolah agama, dari PASTI, kesekolah agama bermula tahun 1 hingga tingkatan 6 (setengah tahun tingkatan 6). Mana tidaknya, sekolah ku dulu tidak ada aktiviti ko-kurikulum yang tersusun, main ikut suka je, selain itu, sekolah ku juga tidak dilengkapi segala kemudahan, hanya berbekalkan papan hitam, kapur dan kitab-kitab agama (Taqrib fathul qarib) dari al-Azhar membuatkan jadual pengajian kami tidak seperti sekolah harian yang lain. Setiap tahun subjek yang kubawa melebihi 20 subjek.

Pelajaran akademik dalam 6-7 subjek, yang selebihnya semua subjek agama, dari muthala'ah, insyak (subjek kegemaranku), bahasa arab, nahu sorof, tauhid, tarikh islam, tafsir, balaghah (masa nakalku menyebut baqarah=lembu), 'arudh wal qafiyah, hafazan al-quran, hadith,feqah, syariah, al-quran sunnah dan sebagainya. aku yang malas menghafal merasakan semua ini suatu bebanan yang besar dikepalaku. namun aku tak mampu melawan takdir, terpaksa akur dengan pilihan keluarga untuk bersekolah disekolah agama.

Pernah sekali ibuku menceritakan pengalaman dia bersembang dengan waris pelajar SAR, ada yang menghantar anak kesana dengan harapan anak menjadi lebih baik, dan akademik mereka sangat lemah. kalau anak yang ada harapan akan dihantar ke sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. begitu juga saudara mara terdekat, selalu menasihati ibuku, anak-anaknya tiada masa depan kalau belajar disekolah agama. keadaan ini membuatkan kami semua sedar, kami perlu untuk membuktikan SAR mampu masuk ke universiti.

Aku mula menyenangi dan berdamai dengan sekolah, bermula dari memasuki muhadharah untuk beberapa acara, mewakili sekolah untuk pertandingan maqal dan khat akhirnya aku menjadi AJK Tertinggi persatuan pelajar sekolah. dengan keterlibatan persatuan pelajar inilah membuatku terus menyukai sekolah agama...walaupun amat payah bagiku untuk menghafal tasrif fe'el amar tapi bukan alasan untuk tidak berusaha. masih aku ingat ustaz bahasa arabku yang sangat garang, dengar tapak kasutnya dah cukup buat kami semua kecut perut, cara dia mengajar memang berbeza, datang ke meja kami setiap seorang dan terus menyebut satu perkataan, dan kami mesti menyambung untuk menjadikan ia fe'el madhi, mudhari' dan amar. perkataan yang diberikan memang pelik sebagai contoh 'baju', jadi kami kena sambungkan menjadi bajani ila akhir..huhu memang ngeri.

Akhirnya setelah bertungkus lumus, aku dapat menjejakkan kaki ke UPM. dan sejak daripada itu, ramai junior bawahku yang dapat sambung pengajian ke Universiti. akhirnya SAR tidak menjadi sekolah picisan, kami dapat membuktikan bahawa tanpa sekolah berasrama penuh pun kami mampu berjaya. Hari ini, aku tak pernah menyesal menjadi budak sekolah agama (SAR), kerana peluang hidup tetap sama untuk semua orang, yang penting manjadda wajada. walaupun kami dikategorikan budak kelas kedua, budak banyak kutu, sekolah yang buruk, tak ada makmal dan segala kemudahan lain, tapi kami mempunyai guru yang ikhlas mengajar kami, hanya berbekal dengan gaji RM150 sahaja mereka tidak putus-putus memberikan yang terbaik untuk kami semua. Terima kasih ustaz ustazah...hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.


Tuesday, October 12, 2010

ukhuwah dunia akhirat

Ukhuwah dunia akhirat

pernah dengar ayat ni? mesti selalu kan? hari ni mood mengingati sahabat2 seperjuangan di UPM. mungkin dah nak habis praktikal ni...makin menjadi-jadi merindui mereka disana.

"Hai anakku, apabila ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya, jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah..kalau tidak jauhilah dia" _ Luqman Hakim

aku mempunyai ramai sahabat, sejak dari sekolah kami semua boleh rapat dan menjadi geng walaupu bilangannya ramai. sebelum ni, aku menyangka sahabat baik hanyalah seorang, tak boleh dua apatah lagi tiga..macamana nak setia pada kawan?..hm ni mungkin pemahaman aku yang dangkal suatu ketika dahulu.

berbalik kepada sahabat aku di UPM, macam-macam jenis ada, namun semuanya tetap menjadi kesayangan.huuh..kalo nak kan seorang pensyair dan sajak cari saja hazirah yang suatu ketika dulu menjadi housemateku... mulakan apa saja walau pun dengan satu perkataan, maka dia akan menyambungkan perkataan tadi menjadi bait kata-kata yang puitis. kalo ingin berfalsafah boleh saja mencari Fatanah yang genius matematik. setiap kali berjumpa dengannya, mesti akan ada falsafah disebalik matematik yang menyerabutkan..sekali sekala dia juga sangat suka memberikan kata-kata semangat..kedua-dua mereka pandai menulis, tapi dengan cara yang tersendiri..

jika sesekali tension menjengah diri, pasti akan ku cari kak lin yang optimis. sangat jarang aku melihat dia marah atau berfikiran negatif. baginya apa saja yang berlaku semuanya baik-baik belaka. sehinggakan selepas kemalangan jalanraya bersama hazirah pun dia tetap ceria..kalo nak tengok orang comel mengamuk boleh cari amalina. kecil molek orangnya, tapi kalo marah, semua orang jadi kecut. hobinya suka melukis, bila lah dia nak kuarkan komik agaknya..

kalo nak cari yang tegas dan berdedikasi boleh jumpa ana dan awin. semua orang tahu betapa garangnya mereka..tapi bila buat kerja memang terbaik..kedua-kedua mereka sangat firm but gentle gitu..kalo bab makan, jangan ada tumpah-tumpah, walaupun sisa, nanti awin akan membebel sepanjang masa..ana pulak akan membebel sambil wat keje rumah hehe.. (tapi x pe, dia tetap rajin).

tapi kalo nak yang lagi garang, cikgu sofiah sahabatku. sekali dia cakap makan x habis..paling gerun dia suka sangat add math huhu..berbanding nadiah, yang pendiam tapi tetap baik hati. macam yin yang la pulak. kalo nak jumpa orang yg excited dgn bisnes boleh sembg dgn shbtku kama. semua pasal bisnes..selain tu dia juga gila dengan multimedia.sanggup berjam-jam didepan laptop. tapi kalo mood menulis dia datang, penulisan mengalahkan fatimah syarha.

yang sorang lagi ni kalo depan laptop boleh berjam-jam jugak, suka sangat melayari internet. sapa lagi kalo bukan fana shbtku..sampi skrg masih menjadi housemateku..kalo dulu masa zaman belajar, dia akan buat kerja last minute tapi tetap hasil yang baik. katanya buat kerja atau study awal2 x ada tekanan..macam2. kalo siapa berani sepahkan rumah bersedia la kena marah dengan bahirah. sangat-sangat rajin, mengemop lantai, menyapu sampah, memang tabik spring. sangat cermat dan pembersih...

hurmm...mcm2 ada, apapun merekalah yang melengkapi kehidupanku sehingga kini. tanpa mereka mungkin juga aku tidak sampai disini. x pernah berkecil hati dengan mereka? tipu sangatlah..tapi yang penting belajar menerima mereka seadanya..aku belum tentu berjaya menjadi sahabat yang baik buat mereka, namun aku berharap mereka juga menerimaku seadanya.

"Ya Allah, kau kekal kan ukhuwah antara kami, ISTIQAMAHkan kami didalam jalan dakwahMu"

P/s : sebenarnya masih ramai yg ingin ditulis tapi x larat nak menaip ;P

Congratz my friendzz




Inilah sahabat2 seperjuangan aku, Anne dan suray yang banyak membantu dari segi pelajaran, terutama melengkapkan nota dan assignment, Sani yg rajin menyiapkan slide show bila present, Ekin member yang paling rapat dengan aku..apa ceritanya sekarang...notanya hanya dia yg faham! semua x dapat baca tulisan dia, Achik, E-ti, Ati yang periang menggamatkan suasana kelas, Din shin chan x habis2 dengan bahasa 'nogori' nya.... Batch aku hanya ada 12 orang, mungkin group kecik ni merapatkan kami.. apapun korang tetap d best!! thankz 4 being part of my life! Luv u all...

Monday, October 4, 2010

Belajar dari kehidupan orang lain

Selalu kita mendengar, rungutan dan omelan orang tentang ketidakpuasan hatinya terhadap apa yang berlaku didalam hidupnya. Mengapa orang lain senang mendapatkan sesuatu, mengapa orang lain dimudahkan segala urusan, mengapa orang lain tidak berusaha tetapi mendapat kejayaan yang lebih dan beribu lagi persoalan mengapa yang tak mampu di coretkan disini..

Menjalani kehidupan sebagai pelajar praktikal di ladang kambing ini memberikanku banyak pengalaman yang berharga terutama bagaimana mensyukuri dan menerima kehidupan seadanya. setibanya aku pada hari pertama bekerja, aku disambut oleh dua orang warga Bangladesh yang merupakan pekerja disitu. mulanya aku agak canggung nak bekerja bersama mereka, ye la bukan setakat jantina yang berbeza, malah bahasa dan negara juga membezakan kami. Seminggu pertama jenuh aku cuba memahami apa yang mereka cakapkan, bukan sebab mereka tidak bertutur dalam Bahasa Melayu, tapi Bahasa Melayu yang tunggang langgang membuatkan aku takut tersalah tafsir dengan apa yang mereka cuba sampaikan..

Selang beberapa minggu, kami dah biasa bersembang, dari sinilah aku mengetahui rupanya kebanyakkan Bangladesh bekerja dinegara orang bukan kerana suka-suka, tetapi negara mereka kekurangan kawasan dan tawaran kerja, ayat mudah 'negeri kecil, rakyat padat'. mendengarkan kisah bagaimana mereka ditipu oleh agen, kononnya datang bekerja di hotel, rupanya harus bekerja di kandang kambing. Nak lari ke Bangladesh? tak mungkin, mereka menghabiskan hampir RM13000 untuk datang bekerja, tak mungkin balik dengan tangan kosong. setelah bekerja, mereka pula seperti dianaktirikan...pekerja melayu yang sinonim dengan malas, akan buat kerja separuh jalan, bakinya? Bangladesh kan ada...huh begitu juga gaji, dipotong tanpa sebab...tapi apa boleh buat...inilah takdir mereka. Bagi mereka "Allah tahu apa yang mereka dah buat".

Salah seorang daripadanya memberitahuku dia datang kesini kerana dihantar oleh keluarga. Ini kerana semasa berada disana, dia terlalu nakal dan selalu mendatangkan masalah kepada keluarganya. Jadi ayahnya menghantar dia bekerja di Malaysia dengan harapan kehidupan baru ini memberi perubahan kepada dia. Mendengarkan kisah-kisah mereka mengingatkan aku rupanya ramai orang yang lebih teruk nasibnya berbanding diri sendiri. Apa yang penting, bagaimana mereka memandang kehidupan yang dilalui.

Bagiku pengalaman mengenali mereka memberiku pengajaran bahawa kebahagiaan kita , kita yang tentukan. Kalau asyik menyalahkan takdir dan memandang lemah diri sendiri, kita tidak akan kemana. Penghijrahan juga merupakan langkah yang baik untuk memajukan diri, lihat saja rakan sekerjaku yang dahulunya nakal, menyusahkan orang lain, hari ini mampu berdikari, mencari sesuap nasi dan menimba sejuta pengalaman. Doaku, semoga aku juga mampu menjadi sebaik mereka, sekurang-kurangnya meredhai apa yang sedang ku lalui...kerana hikmah disebalik kejadian itu terkadang lambat dilihat, cuma kita harus bersabar..everything happen, happen for reason-end

Sunday, October 3, 2010

Jiwa Besar

Hampir setahun tidak meng'update' blog. Bukan masa yang menjadi halangan, tetapi kekeringan idea dan aku seperti merasakan kehilangan teknik untuk menulis...ya tapi bukan setahun yang lalu..hampir 4 tahun kebelakangan ini... namun tidak mengapa kerana sekarang aku mula menulis semula..

Latihan Industri yang sedang aku jalani dah masuk fasa terakhir..kurang 3 minggu lagi akan tamat. sepanjang hidup berseorangan disini, banyak ruang dan masa untuk aku berfikir-fikir...sudah beberapa kali aku dihujani persoalan, bagaimana ingin membawa perubahan kepada yang lebih baik..ingin membawa gerakan islam lebih gemilang...namun tersekat kerana masalah diri sendiri. Antara masalah yang seringkali menghantui mereka seperti;

- tidak cukup ikhlas
- tak sanggup mengambil risiko, bimbang nanti dibenci sahabat
- tak cukup masa, penat
- tak tahu nak buat apa
- selalu bertangguh
- tidak berdisiplin

cukupla sekadar senarai pendek ini menunjukkan halangan-halangan yang sedang menular dalam diri mereka. Halangan ini walaupun nampak simple, tapi menjadi benteng yang kukuh untuk TIDAK BERBUAT APA2, dengan kata lain BERALASAN. Bagaimana mungkin dapat mengubah diri seseorang jika itu mentaliti mereka? Bagaimana mungkin mendapat penyelesaian yang terbaik jika enak memanjakan diri..sedangkan nabi dan para sahabat lebih susah dan menderita memperjuangkan Islam? Apa yang terbaik harus dilakukan?

semua ini mesti bermula dari dalam diri sendiri. Panggillah motivator terhebat pun tidak akan kemana jika sudah memerangkap fikiran dengan masalah begini.. Ayuh bangkitlah!!! semua ini hanya alasan, walaupun ntum semua merasa ia adalah masalah...kentalkan jiwa kalian, Islam tak menang dengan senang lenang, meminjam mutiara kata;

" ketahuilah, agama ini hanya tegak diatas pundak orang-orang yang memiliki azam yang kuat. Ia tidak akan tegak diatas pundak orang-orang yang lemah dan hanya berhuru hara. Tak akan pernah!" - Dr Najih Ibrahim


Jiwa besar pengaruhi gerak kerja

Percaya atau tidak, semuanya bermula dari diri sendiri..kalau hitam pandangan kalian, hitamlah yang kalian nampak, begitu juga sebaliknya. Sesiapa yang berjiwa kental mampu mengharungi cabaran sehingga kadangkala tidak terlintas difikiran mampu melakukannya. Lihat saja seorang petani yang memecut laju kerana dikejar harimau, larian yang pantas dan bertenaga..cuba dalam keadaan tenang, belum tentu petani dapat lari sepantas itu...kerana apa semua ini terjadi? Kerana terpaksa..dengan kata lain MESTI MEMAKSA DIRI untuk untuk mengharungi cabaran, barulah lahir jiwa yang kental ..tidak manja dan suka bersenang-senang...selain itu tidak dilupakan yang Utama, mesti kuatkan diri bangun malam, memohon diberi kekuatan, diberi petunjuk dan ilham didalam melakukan gerak kerja Islam..

"sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan waktu itu) lebih berkesan"
(Al Muzammil, ayat 6)


Sesungguhnya sebagai seorang yang beriman, cukuplah Allah sebagai tempat perlindungan, cukuplah Islam sebagai motivasi, cukuplah kisah-kisah para nabi dan sahabat menjadi panduan dan mengisi jiwa agar terus tabah menjalankan tanggungjawab...terkadang kita selalu mengharapkan mustajabnya doa kita, namun kita tidak pernah berfikir adakah kita yang menjadi hijab kepada doa kita sendiri atas perlakuan yang telah kita lakukan...