Wednesday, October 20, 2010

Aku lah budak sekolah agama itu....


Bismillahirrahmanirrahim.. usai membaca novel "Negeri 5 menara" hasil a.Fuadi membuatkan aku mengimbau kenangan dizaman persekolahan kira-kira 7 tahun yang lalu. pada masa itu, sekolah agama terutamanya sekolah agama rakyat (SAR) adalah sekolah kelas kedua. SAR adalah pilihan ibu bapa untuk anak-anak yang tidak 'makan saman', 'belajar x berapa pandai' dan lain-lain lagi.

Aku sebenarnya separuh rela menjadi budak sekolah agama, dari PASTI, kesekolah agama bermula tahun 1 hingga tingkatan 6 (setengah tahun tingkatan 6). Mana tidaknya, sekolah ku dulu tidak ada aktiviti ko-kurikulum yang tersusun, main ikut suka je, selain itu, sekolah ku juga tidak dilengkapi segala kemudahan, hanya berbekalkan papan hitam, kapur dan kitab-kitab agama (Taqrib fathul qarib) dari al-Azhar membuatkan jadual pengajian kami tidak seperti sekolah harian yang lain. Setiap tahun subjek yang kubawa melebihi 20 subjek.

Pelajaran akademik dalam 6-7 subjek, yang selebihnya semua subjek agama, dari muthala'ah, insyak (subjek kegemaranku), bahasa arab, nahu sorof, tauhid, tarikh islam, tafsir, balaghah (masa nakalku menyebut baqarah=lembu), 'arudh wal qafiyah, hafazan al-quran, hadith,feqah, syariah, al-quran sunnah dan sebagainya. aku yang malas menghafal merasakan semua ini suatu bebanan yang besar dikepalaku. namun aku tak mampu melawan takdir, terpaksa akur dengan pilihan keluarga untuk bersekolah disekolah agama.

Pernah sekali ibuku menceritakan pengalaman dia bersembang dengan waris pelajar SAR, ada yang menghantar anak kesana dengan harapan anak menjadi lebih baik, dan akademik mereka sangat lemah. kalau anak yang ada harapan akan dihantar ke sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. begitu juga saudara mara terdekat, selalu menasihati ibuku, anak-anaknya tiada masa depan kalau belajar disekolah agama. keadaan ini membuatkan kami semua sedar, kami perlu untuk membuktikan SAR mampu masuk ke universiti.

Aku mula menyenangi dan berdamai dengan sekolah, bermula dari memasuki muhadharah untuk beberapa acara, mewakili sekolah untuk pertandingan maqal dan khat akhirnya aku menjadi AJK Tertinggi persatuan pelajar sekolah. dengan keterlibatan persatuan pelajar inilah membuatku terus menyukai sekolah agama...walaupun amat payah bagiku untuk menghafal tasrif fe'el amar tapi bukan alasan untuk tidak berusaha. masih aku ingat ustaz bahasa arabku yang sangat garang, dengar tapak kasutnya dah cukup buat kami semua kecut perut, cara dia mengajar memang berbeza, datang ke meja kami setiap seorang dan terus menyebut satu perkataan, dan kami mesti menyambung untuk menjadikan ia fe'el madhi, mudhari' dan amar. perkataan yang diberikan memang pelik sebagai contoh 'baju', jadi kami kena sambungkan menjadi bajani ila akhir..huhu memang ngeri.

Akhirnya setelah bertungkus lumus, aku dapat menjejakkan kaki ke UPM. dan sejak daripada itu, ramai junior bawahku yang dapat sambung pengajian ke Universiti. akhirnya SAR tidak menjadi sekolah picisan, kami dapat membuktikan bahawa tanpa sekolah berasrama penuh pun kami mampu berjaya. Hari ini, aku tak pernah menyesal menjadi budak sekolah agama (SAR), kerana peluang hidup tetap sama untuk semua orang, yang penting manjadda wajada. walaupun kami dikategorikan budak kelas kedua, budak banyak kutu, sekolah yang buruk, tak ada makmal dan segala kemudahan lain, tapi kami mempunyai guru yang ikhlas mengajar kami, hanya berbekal dengan gaji RM150 sahaja mereka tidak putus-putus memberikan yang terbaik untuk kami semua. Terima kasih ustaz ustazah...hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.


1 comment:

  1. belajar di sekolah agama rakyat dahulu.
    ilmu dibekalkan kekal hingga kini.
    keinkhlasan ustaz dan ustazah yang teramat sukat diganti.

    ReplyDelete