Monday, May 30, 2011

Nikmat

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal soleh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Lirik lagu di atas selalunya sedap di dengar namun sangat kurang untuk kita menghayatinya...mudahnya jadi bait2 indah untuk menyanyi sahaja..balik dari kampung, saya ingat boleh menyambung penulisan saya tentang guru dan pendidikan. namun, semuanya terbantut lantaran beberapa hal berlaku. Ahli rumah (dalam 3 orang) yang mulanya hanya demam biasa, akhirnya disahkan denggi menyebabkan jadual hidup terpaksa berubah. siang di hospital dan kadang2 malam pun di hospital untuk menemani mereka menerima rawatan..sepanjang di hospital, berbagai ragam dan gelagat manusia dapat saya amati. apa yang paling terkesan adalah nikmat sihat sebelum sakit..ya Allah besarnya nikmat sihat itu.

seperti lirik lagu di atas, selalunya manusia cenderung untuk mengabaikan masa..nantilah buat, esoklah buat..dan ayat2 yang bermaksud "pending" selalu di gunakan kepada orang yang suka bertangguh. Bayangkan sakit menjengah, terpaksa berjam-jam untuk menerima rawatan, setelah itu, kalau terpaksa di tahan didalam wad, semua perkara telah jadi sukar. nak bergerak, nak meeting, nak berbuat amal pun semakin sukar. bukan bermaksud membina alasan jika dah sakit, tetapi tetap berbezanya kita dikala sihat dan sakit.

Sudah terhantuk baru terngadah

Pepatah melayu ini memberikan petanda kepada kita bahawa selalunya bila sudah terkena sesuatu barulah kita menyedari kepentingannya. baru nak beringat-ingat. Itulah fitrah manusia yang asalnya 'nasiya' - lupa. Islam datang membawa kebaikan, cahaya dan petunjuk kepada sekelian alam. Surah al-'Asr menganjurkan manusia supaya sentiasa menjaga masa, dan mengisi masa dengan kebaikan. Sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran, kerana kita sebagai hamba Allah yang lemah sudah tentu tidak tahu bila kita akan menutup mata. takutnya bila tiba masanya, seribu penyesalan terbungkam dihati kerana tidak membuat/menyelesaikan sesuatu perkara dengan sebaiknya. Paling merugikan apabila kita tidak membawa apa2 bekalan menuju Tuhan Rabbul Izzati~Na'uzubillah...

Ya ALLLAH, kau pimpinlah hidup kami, jangan kau tinggalkan kami walaupun dengan kadar sekedip mata.Jadikan kami dari kalangan orang yang beruntung. Ameen

Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru!!


Setelah hampir 3 hari berjaulah di Kelantan, akhirnya saya dan sahaba2 selamat sampai ke destinasi. bermacam halangan dan dugaan yang kami hadapi, namun tak kurang juga yang menggembirakan kami...terima kasih kepada keluarga Fatanah yang sangat 'happening'.. macam terasa balik ke kampung halaman sendiri. posting kali ini saya tak dapat bercerita panjang, lagi 2 jam saya akan bertolak pulang ke Kedah (mood tengah gembira). nanti2 bila ada masa saya ingin berkongsi tentang perbezaan nilai guru semasa kita di sekolah dan kita di universiti. posting kali ini saya tujukan kepada guru-guru/ cikgu2 / ustaz / ustazah di Sekolah Agama Darul Ulum, Kupang Baling, Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Sek Men Agama Sungai Petani dan semua pensyarah di UPM...


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Tuesday, May 10, 2011

DEGIL

D.E.G.I.L. satu perkataan yang lazimnya di pandang negatif di dalam budaya masyarakat kita di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka degil bermaksud (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu.

Degil juga bersinonim dengan keras kepala,kepala batu, keras hati, tegar,tengkar, tegar hati,
Di dalam bahasa arab ia disebut عَنِيدٌ.

Persoalannya, adakah degil itu sesuatu yang buruk dan negatif pada setiap masa? Saya secara peribadi menganggap degil adalah SUATU KEPERLUAN kepada anak muda pada hari ini. Dengan sifat degil inilah anak muda mampu menentukan sikap terhadap segala tindak tanduknya. Saya juga seorang yang degil, dan saya merasakan degil itu mampu menjadi benteng kepada saya untuk tidak terjerumus kedalam kejahatan dan perkara yang tidak baik.

DEGIL DALAM ACUAN AGAMA

Bagi saya degil yang liar adalah merbahaya. cumanya yang penting degil ini mestilah dibentuk dalam acuan agama. degil dalam melaksanakan urusan agama, walaupun terdapat banyak halangan, degil didalam tidak melakukan maksiat, degil untuk mengatakan 'tidak' kepada perkara yang sia-sia. Sesungguhnya seorang da'e perlulah degil untuk terus melaksanakan agenda dakwah walau dicaci dan dihina, begitu juga degilnya seorang guru @ murabbi didalam mendidik anak-anak buahnya. Degil ini membuatkan hati tuannya tegar, x fragile, x mudah patah semangat, berjiwa besar dalam meneruskan kehidupan.

Apa yang berlaku pada anak muda ini adalah sikap tidak degil, fragile, mudah terpengaruh (datangkan segala bentuk hiburan pasti menjadi santapan anak muda), ikut kawan dan sebagainya. Lalu segala hasutan yang ada di depan mata tidak mampu di tangkis dengan baik. Begitu juga da'e muda yang tidak degil, mudah patah semangat, kecewa, putus asa bila ajakan ke jalan kebaikan mendapat tentangan.

LALU..ADAKAH DEGIL ITU SUATU MASALAH KEPADA KITA??

Tepuk dada, tanya iman..baru-baru ini saya di tanya, kenapa kem-kem pentarbiyahan di buat seolah-olah ingin melahirkan ahli yang degil? kenapa mesti begini? adakah dengan cara lemah lembut kita tak mampu melahirkan da'e yang baik? Hm...saya rasa anda sendiri boleh menilai. Saya tidak bermaksud menolak pendekatan yang lembut, tapi 'kalau ingin melahirkan player yang baik, mesti melalui latihan2 yang berbeza dengan player2 biasa'. Adakah sama training pemain bola sepak professional dengan pemain bola kampung? Fikirkan sendiri!

Konklusinya, anugerah sifat degil yang Allah berikan ini mestilah bukan perkara yang sia-sia. yang menjadi sia-sia bila kita hanya suka memomokkan ini semua sebagai masalah, sedangkan realitinya ia tetap boleh digunakan untuk Islam, boleh digunakan dalam kehidupan seharian...Be positive, what you see, what you gain!!

Saturday, May 7, 2011

Berukhuwah atas dasar kebenaran


1-Hish Geram betul aku, ingat dia sorang ja yang ada masalah!!! Orang lain pun ada masalah jugak.
2-Ana memang dah lama makan hati dengan dia, dah tak tau nak buat macamana, ni la ana hamba yang lemah
3-Sampai hati dia buat macam tu, kata STT (sahabat terus terang)...

Kalau nak tuliskan dialog tentang luahan hati ni, tak habis sampai esok. semua orang ada gaya dan cara yang tersendiri..Aku?? aku pun tak terlepas dari berhadapan dengan situasi macam ni, kadang-kadang aku jadi tukang dengar, tapi kadang-kadang aku pulak yang jadi tukang bebelnya. Semua ni adalah fitrah sebagai manusia.

Mengingatkan kehidupan sebagai ahli gerakan Islam (sebenarnya as long as kita hidup memang macamni, buat keje Islam ke x, tetap akan hadapi masalah ni), bermacam-macam ragam manusia akan kita hadapi, orang yang semangat aje lebih, orang yang rajin buat keje, orang yang pandai cakap ja, orang yang sensitif, orang yang selfish dan macam2 lagi...teringat nasihat naqibku kepada kami apabila dibincangkan tentang ukuhwah..katanya Ukhuwah kita dunia akhirat, ukhuwah atas dasar kebenaran.

Imam Hasan al-Banna pernah menukilkan,

kepada sesiapa yang memberi nasihat, jangan berubah hati kepada sahabat yang dinasihatinya walaupun dengan jarak sehelai rambut...jangan sesekali merasa tawar hati kepada mereka, terus meneruslah memberi kasih sayang kepadanya.

kepada sesiapa yang diberi nasihat, janganlah menunjukkan kedegilan, jangan berubah hati kepada sahabat yang menegur, kasih sayanglah mereka kerana Allah.


Maaf dan terima kasih asas pemantapan ukhuwah

Maaf - 1 kata yang hanya mempunyai 4 huruf adalah perkara yang sangat mudah untuk dieja tapi amat berat untuk di aplikasikan. siapa yang rela hati untuk memohon maaf dan merendahkan ego masing-masing untuk menegur orang lain. Hanya hati-hati yang tunduk dan patuh kepada Tuhannya mampu menurunkan darjat diri dan beralah demi kepentingan Islam.

terima kasih - ucapan yang mudah dilafazkan namun sering kita lupa menyebutnya..mungkin terlupa atau ayat mudahnya sudah terbiasa meremehkan susah payah sahabat-sahabat dalam kehidupan seharian kita. cuba tanya diri kita, dari bangun pagi sampai nak tidur, ada tak sahabat2 yang telah memudahkan kerja kita? kadang2 ada yang tolong masakkan untuk kita, kadang2 ada yang tolong sapu sampah rumah dan sebagainya.. saya bagi contoh yang remeh kerana kita SANGAT JARANG alert tentang perkara2 kecik begini. tak rasa bersalah walaupun ada sahabat yang tolong cuci jamban dan bilik air...kita menganggap itu semua tak ada significant dalam kehidupan kita.

Sentiasalah mengucapkan maaf dan terima kasih di atas segala tindakan kita terhadap sahabat kita. mungkin dengan mengucapkan kata-kata ini, mereka akan merasa dihargai dan dihormati. selain itu ia juga mampu menyebabkan kita peka terhadap orang disekeliling kita. mungkin pada mulanya kita akan merasa seperti 'plastik', i mean berlakon dan berpura2...tapi yakinlah kalau kita berniat baik, insyaAllah, Allah akan bukakan pintu hati kita untuk menjadi orang yang menghargai nikmat Allah.

JOm BudaYakan MaaF dan TeriMa KasIh!!!
Terima kasih kerana membaca, maaf mengambil masa anda!

Berterima kasihlah pada Musuh

Dimusuhi, dibenci, dicaci, difitnah atau diperangi. Tak ada manusia yang suka dengan suasana hidup seperti ini. kerananya, di antara perjalanan hidup yang paling buruk adalah saat kita melewati proses hidup yang melahirkan musuh, mendatangkan kebencian, mengundang caci maki, atau mengobarkan perang. Masalahnya, perjalanan hidup ini mengajarkan bahawa dimusuhi, dibenci, dicaci dan segala bentuknya juga mempunyai hikmah.

Saudaraku,

Bersikap baik, berkomitmen dengan yang baik, berusaha sekuat tenaga berada di pihak yang kita yakin kebenarannya, tidak lantas mengalirkan kebencian, permusuhan, pertentangan dengan pihak lain. Akan tetapi ada situasi yang menjadikan kita objek kebencian, fitnah, hingga caci maki dan permusuhan. Disinilah kita pperlu menggunakan seni kehidupan untuk mampu mengharungi situasi ini dengan tetap memetik manfaat dari kebencian dan permusuhan. Seperti seorang ulama Saudi, Salman bin Fahd Al-Audah, menuliskan artikel yang bertajuk, "Syukran Ayyuha Al A'daa" (Terima kasih wahai musuh). Lihatlah bagaimana ia memaparkan manfaat musuh yang melakukan kezaliman ke atas dirinya.

Pertama ia tuliskan, "Terima kasih wahai musuh, Kalianlah yang menjadikan ku sedar untuk mengendalikan diri dan tidak hanyut dalam gelombang pujian. Kalian dijadikan Allah SWT agar aku tidak menjadi sombong akibat pujian yang berlebihan, atau anggapan baik yang hanya melihat kebaikan pada diriku..

Kedua, "Terima kasih wahai musuh. Bagaimana kalian memberikan manfaat kepadaku, meskipun sebenarnya, kalian tidak mahu melakukan perkara tersebut. kalian telah menciptakan kemampuan untuk berfikir lebih seimbang dan adil. Mungkin ada seseorang yang berlebihan menunaikan haknya, lalu kalianlah yang menjadi sebab keseimbangan.

Ketiga, "Terima kasih wahai musuh..kalianlah yang menerbitkan semangat, meletakkan tentangan, membuka kecermatan, mendorong untuk berkompeten, agar seseorang lebih berhati-hati, lebih berdisiplin, lebih cermat mendidik diri, dan menghiasi diri untuk memiliki sikap terpuji. Berlumba dan berkompeten dalam kebaikan adalah sikap yang dianjurkan di dalam Islam.

Keempat, "Terima kasih wahai musuh..kalianlah yang melatih kami untuk mampu bersabar dan lebih berkuasa menanggung beban. kalianlah yang membantu kami untuk menghadapi keburukan dengan kebaikan.

Kelima, "Terima kasih wahai musuh. Mungkin dalam timbangan amal ada kebaikan yang tidak mampu kami peroleh hanya dengan kebaikan dan amal soleh, tapi hanya boleh diperoleh melalui kesabaran, menanggung beban, keredhaan, boleh menerima, toleransi dan maaf.

Keenam, "Terima kasih wahai musuh..Aku merasa mungkin ada sebahagian kata yang menyakiti kalian. tapi sungguh aku tidak bermaksud menyakiti kalian. Tapi aku katakan dengan sejujurnya, kalian adalah teman-teman sejati"

Sumber : Muhammad Nursani