Tuesday, May 10, 2011

DEGIL

D.E.G.I.L. satu perkataan yang lazimnya di pandang negatif di dalam budaya masyarakat kita di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka degil bermaksud (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu.

Degil juga bersinonim dengan keras kepala,kepala batu, keras hati, tegar,tengkar, tegar hati,
Di dalam bahasa arab ia disebut عَنِيدٌ.

Persoalannya, adakah degil itu sesuatu yang buruk dan negatif pada setiap masa? Saya secara peribadi menganggap degil adalah SUATU KEPERLUAN kepada anak muda pada hari ini. Dengan sifat degil inilah anak muda mampu menentukan sikap terhadap segala tindak tanduknya. Saya juga seorang yang degil, dan saya merasakan degil itu mampu menjadi benteng kepada saya untuk tidak terjerumus kedalam kejahatan dan perkara yang tidak baik.

DEGIL DALAM ACUAN AGAMA

Bagi saya degil yang liar adalah merbahaya. cumanya yang penting degil ini mestilah dibentuk dalam acuan agama. degil dalam melaksanakan urusan agama, walaupun terdapat banyak halangan, degil didalam tidak melakukan maksiat, degil untuk mengatakan 'tidak' kepada perkara yang sia-sia. Sesungguhnya seorang da'e perlulah degil untuk terus melaksanakan agenda dakwah walau dicaci dan dihina, begitu juga degilnya seorang guru @ murabbi didalam mendidik anak-anak buahnya. Degil ini membuatkan hati tuannya tegar, x fragile, x mudah patah semangat, berjiwa besar dalam meneruskan kehidupan.

Apa yang berlaku pada anak muda ini adalah sikap tidak degil, fragile, mudah terpengaruh (datangkan segala bentuk hiburan pasti menjadi santapan anak muda), ikut kawan dan sebagainya. Lalu segala hasutan yang ada di depan mata tidak mampu di tangkis dengan baik. Begitu juga da'e muda yang tidak degil, mudah patah semangat, kecewa, putus asa bila ajakan ke jalan kebaikan mendapat tentangan.

LALU..ADAKAH DEGIL ITU SUATU MASALAH KEPADA KITA??

Tepuk dada, tanya iman..baru-baru ini saya di tanya, kenapa kem-kem pentarbiyahan di buat seolah-olah ingin melahirkan ahli yang degil? kenapa mesti begini? adakah dengan cara lemah lembut kita tak mampu melahirkan da'e yang baik? Hm...saya rasa anda sendiri boleh menilai. Saya tidak bermaksud menolak pendekatan yang lembut, tapi 'kalau ingin melahirkan player yang baik, mesti melalui latihan2 yang berbeza dengan player2 biasa'. Adakah sama training pemain bola sepak professional dengan pemain bola kampung? Fikirkan sendiri!

Konklusinya, anugerah sifat degil yang Allah berikan ini mestilah bukan perkara yang sia-sia. yang menjadi sia-sia bila kita hanya suka memomokkan ini semua sebagai masalah, sedangkan realitinya ia tetap boleh digunakan untuk Islam, boleh digunakan dalam kehidupan seharian...Be positive, what you see, what you gain!!

No comments:

Post a Comment